Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada seminar anjuran bersama AirAsia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini semalam. Foto AirAsia

Sarawak puji pencapaian AirAsia, mahu tingkatkan industri pelancongan tempatan bersama – Abdul Karim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 26 Jun: Kejayaan AirAsia yang meraih kemenangan ke-15 sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2024 diakui sebagai pencapaian luar biasa dalam mengekalkan kemenangan berterusan berkenaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meyakini bahawa  pertumbuhan berterusan AirAsia di Sarawak pada masa sama turut menekankan peranan penting syarikat penerbangan itu dalam menyediakan peluang pekerjaan serta menyokong pengembangan perniagaan tempatan.

“Ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan rentak kemenangan yang begitu lama sudah pasti satu pencapaian yang besar.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan AirAsia dan semua pihak berkepentingan dalam industri pelancongan dan sektor lain yang berkaitan, dalam merealisasikan misi meletakkan Sarawak sebagai hab pelancongan utama di ASEAN,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada seminar anjuran bersama AirAsia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini pada Selasa.

Seminar itu yang bertemakan ‘Positioning Sarawak as a Key Tourism Hub in ASEAN’ telah dihadiri lebih 150 delegasi dan peserta daripada pelbagai sektor dalam industri pelancongan di Sarawak.

Turut hadir,  Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datu Sherrina Hussaini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Captain Chester Voo, Pengarah Urusan AirAsia Berhad Datuk Captain Fareh Mazputra Fairuz dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE Nadia Omer.

Syarikat penerbangan itu juga menerima gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia pada majlis anugerah tersebut.

Penghargaan berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan AirAsia dalam mempromosikan ketersambungan dan menggiatkan semula pelancongan di seluruh rantau ASEAN. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan