Search
Close this search box.

Sarawak mahu jadi hab industri pengeluar cip semikonduktor di Asia Tenggara

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 26 Jun: Sarawak berhasrat menjadi hab industri pengeluar cip semikonduktor di Asia Tenggara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, dengan pelancaran Pusat Reka Bentuk Cip pertama di Borneo dibangunkan oleh SMD Semiconductor Sdn Bhd visi itu mampu direalisasikan.

Sarawak miliki Pusat Reka Bentuk Cip pertama di Borneo | TVS

Menurutnya, hari ini merupakan detik yang bersejarah dalam pembangunan ekonomi Sarawak kerana untuk mengeluarkan tenaga hijau memerlukan bahan berteknologi tinggi.

“Dengan memainkan peranan penting untuk melahirkan pereka cip, dalam menjadi komponen penyertaan dalam industri semikonduktor, untuk mendapat pelaburan asing masuk ke Sarawak.

“Seperti yang kita tahu, cip wafer adalah komponen penting untuk penyimpanan data. Kini, kita mempunyai syarikat yang akan melahirkan lebih banyak bakat dalam reka bentuk cip yang berinovasi tinggi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Reka Bentuk Cip SMD dan Akademi SMD di HSL Tower di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, melalui kolaborasi SMD dengan syarikat global seperti di United Kingdom baru-baru ini, kerjasama sebegini mampu membuka peluang kepada anak tempatan untuk mengasah bakat.

“SMD juga mempunyai kohort yang bekerjasama dengan syarikat UK untuk mendapat tenaga pengajar, atau ‘seasoned engineers’ bagi mengasah bakat anak tempatan Sarawak dalam industri semikonduktor.

SMD yang beroperasi di Tegas Digital Village sebelum ini, bermula dengan hanya tiga jurutera.

Kini, SMD telah meluaskan tenaganya kepada 30 jurutera, dengan rancangan untuk melahirkan sejumlah 50 jurutera menjelang hujung tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan