Search
Close this search box.
Quad, yang terdiri daripada Amerika Syarikat, India, Jepun dan Australia menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara-negara terbabit dan ASEAN untuk mempelajari sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di AS. Foto hiasan Envato

Quad tawar biasiswa kepada pelajar ASEAN

ByBernama

JAKARTA, 26 Jun: Quad, yang terdiri daripada Amerika Syarikat, India, Jepun dan Australia menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara-negara terbabit dan ASEAN untuk mempelajari sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di AS.

“Program ini menaja pelajar sarjana dan kedoktoran yang cemerlang bagi mendalami sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik di Amerika Syarikat,” kata naib presiden eksekutif, pembangunan program dan perkhidmatan rakan kongsi, Institut Pendidikan Antarabangsa (IIE), Jonah Kokodyniak semasa temu bual secara maya pada Selasa, lapor ANTARA.

Biasiswa ini ditawarkan dengan kerjasama IIE, sebuah organisasi global yang menguruskan program biasiswa paling berprestij di dunia bagi membangunkan rangkaian pakar sains dan teknologi yang komited kepada kebaikan sejagat.

“Program ini membina pemahaman asas antara para felo Quad tentang satu sama lain, masyarakat dan budaya melalui program dan rangkaian dengan para saintis, ahli teknologi dan ahli politik terkemuka setiap negara,” katanya.

Mereka juga mengenal pasti calon yang komited untuk bekerjasama dalam bidang seperti perubahan iklim, kesihatan awam dan penggunaan kecerdasan buatan untuk kebaikan bersama.

Dalam kohort pertama biasiswa ini, mereka memilih pelajar dari empat negara Quad: Australia, India, Jepun, dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, mereka juga telah mengembangkan program ini ke 10 negara ASEAN, bukan sahaja untuk memperluaskan skop geografi program, tetapi memberikan manfaat bagi rantau Indo-Pasifik.

“Kami menerima jumlah permohonan yang tinggi dari hampir setiap negara ASEAN semasa kitaran kempen ini, menunjukkan permintaan yang signifikan di rantau ini dan negara-negara ASEAN terhadap pendidikan tinggi AS dan kerjasama saintifik,” kata Kokodyniak.

IIE kini dalam proses memilih calon untuk tajaan biasiswa ini.

“Kami sedang dalam proses pemilihan. Jadi dalam masa sebulan, kami akan mengumumkan para felo,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan biasiswa ini boleh mengakses maklumat berkaitan pendaftaran di laman sesawang quadfellowship.org.

“Kami sedang memilih kohort kedua pelajar. Dan pada 2025, kami akan memilih kohort ketiga,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan