Search
Close this search box.
Tiga lelaki terbabit bergerak secara berasingan dan merupakan ejen bookie peribadi dalam membuat pertaruhan bola sepak. Foto hiasan Envato

Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi Bola Sepak Euro 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian bola sepak sempena Kejohanan Bola Sepak Eropah 2024 (Euro 2024) menerusi Op Soga bermula Isnin lepas hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras Ravindar Singh Sarban Singh berkata dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit bergerak secara berasingan dan merupakan ejen bookie peribadi dalam membuat pertaruhan bola sepak.

“Mereka bergerak secara ‘sendirian’ untuk elak daripada dikenal pasti sebagai bookie dengan mengambil sebarang amaun (daripada pelanggan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ravindar Singh berkata pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit milik tiga lelaki terbabit dan pemeriksaan mendapati terdapat aplikasi serta perbualan mengenai pertaruhan.

Beliau berkata dua lelaki warga tempatan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis dan warga asing itu pula direman empat hari sehingga 28 Jun ini.

Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan