Search
Close this search box.

Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian – Premier Sarawak

KUCHING, 26 Jun: Pengetahuan dan perspektif masyarakat peribumi adalah penting kepada mana-mana gerakan kelestarian, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ilmu tradisional dan amalan lestari rakyat peribumi memberikan pandangan berharga terhadap penjagaan ekologi.

Sarawak berperanan promosi inisiatif alam sekitar di rantau ASEAN | TVS

“Di rantau Asia Tenggara, masyarakat peribumi memiliki ilmu tradisional yang luas mengenai ekosistem tempatan, tumbuhan ubatan, amalan pertanian dan pengurusan sumber,” katanya pada Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2024 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan kerajaan dan organisasi boleh mempelajari ilmu tersebut untuk menggalakkan amalan lestari yang memberi manfaat kepada manusia dan alam sekitar.

Abang Johari menambah dengan menghargai pengetahuan dan amalan lestari masyarakat peribumi, kita dapat memperkukuh usaha ke arah kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar.

“Oleh itu, RAYS akan memberikan platform kepada belia kita untuk mendengar dan menjadi suara bagi masyarakat peribumi,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dalam kenyataan memaklumkan RAYS 2024 berfungsi sebagai platform global untuk belia bersatu dan belajar daripada kebijaksanaan masyarakat peribumi berhubung pemuliharaan hutan hijau.

“Sebagai pemimpin masa depan, golongan belia boleh memanfaatkan sidang kemuncak ini untuk bertukar pandangan mengenai isu global dan menghasilkan penyelesaian yang kreatif,” menurut kenyataan itu.

Sidang kemuncak tiga hari itu menampilkan penceramah dari Indonesia, Malaysia, Uganda, New Zealand dan beberapa negara lain bagi membincangkan pelbagai topik seperti perspektif gender, seni pemuliharaan, aktivisme iklim dan penceritaan peribumi.

Kira-kira 1,000 peserta mewakili belia dari 10 negara ASEAN dan lebih 40 universiti menghadiri sidang kemuncak itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan