Search
Close this search box.
Seorang peniaga buah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lepas. Foto hiasan Envato

Peniaga buah dipenjara tiga tahun, satu sebatan rompak kedai serbaneka

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Seorang peniaga buah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak empat kotak rokok milik sebuah kedai serbaneka dengan bersenjatakan sebilah parang, Februari lepas.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Aznill Abd Kadim, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Mac lepas.

Muhammad Aznill didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, merompak barangan itu bernilai RM63.60 di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul di sini pada 5.20 pagi, 28 Feb lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 dan Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran kepada tertuduh, namun Muhammad Aznill yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dan berjanji untuk berubah ke arah lebih baik.

“Saya mahu memperbaiki diri serta ingin menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab kepada ibu bapa saya,” kata tertuduh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan