Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Majlis Rainforest Youth Summit 2024 (Rays 2024) di Hikmah Exchange di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Penempatan bebola terumbu di perairan Sarawak tingkatkan ekosistem marin

KUCHING, 26 Jun: Penempatan bebola terumbu di seluruh kawasan perairan Sarawak dipercayai telah meningkatkan ekosistem marin.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program bebola terumbu yang dilakukan di Sarawak adalah yang terpanjang kerana meliputi kawasan keseluruhan perairan negeri.

Penempatan tukun bebola tiruan tingkat kelestarian marin Sarawak | TVS

“Saya percaya itu adalah bebola terumbu terpanjang yang telah dilakukan di dunia, ia bermula dari Tanjong Datu hingga ke Lawas akhir Sarawak, kami hanya mengelak daripada kawasan Brunei.

“Setiap bebola terumbu adalah kira-kira saiz kereta kancil jadi anda boleh bayangkan beribu-ribu reefball yang menyebabkan kita hampir ratusan juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Rainforest Youth Summit 2024 (Rays 2024) di Hikmah Exchange di Kuching pada Rabu.

Kerajaan Sarawak kini memantau dengan rapi tahap kesihatan terumbu karang di perairan negeri, dengan Sarawak Forest Corporation (SFC) bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan.

SFC merupakan pihak berkuasa yang menguruskan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dan hidupan liar di Sarawak, termasuk TPA marin dan hidupan liar marin, termasuk semua karang keras dan lembut yang disenaraikan sebagai spesies dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.

Sarawak telah mengambil langkah proaktif dalam pemulihan dan sebanyak 1,750 unit tukun tiruan yang dikenali sebagai bebola terumbu telah ditempatkan di MSCRNP di bawah Projek Eco-Marine (projek kerjasama antara SFC dan PETRONAS antara 2016 hingga 2019 untuk memulihkan dan melihara terumbu yang terdegradasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan