Rosmah kemuka permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya kerana hakim itu pernah menjadi rakan kongsi firma guaman dilantik syarikat berkenaan.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini menegaskan badan induk itu belum memutuskan antara dua permata negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi atau Shereen Samson Vallabouy untuk mengisi slot wild card menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang bermula Julai ini.

Quad tawar biasiswa kepada pelajar ASEAN

JAKARTA, 26 Jun: Quad, yang terdiri daripada Amerika Syarikat, India, Jepun dan Australia menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara-negara terbabit dan ASEAN untuk mempelajari sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di AS.

Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 – Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK pada harga semasa), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).