Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Bangunan baharu Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak hari ini. Foto: Alex Teo (TVS)

IPT milik Kerajaan Sarawak bakal sedia fasiliti pendidikan bertaraf dunia – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Jun: Kerajaan Sarawak berhasrat membangunkan kemudahan pendidikan bertaraf dunia di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) miliknya dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang berkemahiran dan berkualiti tinggi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kelengkapan fasiliti yang canggih dan selesa di pusat pengajian milikan kerajaan negeri akan menarik minat mahasiswa untuk meneroka ilmu dan teknologi baharu dalam bidang hidrogen dan digital.

Sarawak bakal sediakan kemudahan pendidikan bertaraf dunia | TVS

Beliau percaya langkah ini adalah mustahak dalam menyokong Dasar Pembangunan Ekonomi Hidrogen dan pendigitalan wilayah ini.

“Saya perlukan lebih ramai anak Sarawak dan kawan-kawan anda untuk meneroka  teknologi baharu dan melibatkan diri dalam program transformasi Kerajaan Sarawak.

“Saya percaya Swinburne juga akan membantu dalam menyumbang kepada dasar ekonomi baharu kita. Kerana itu, saya tidak teragak-agak untuk meluluskan peruntukan apabila pihak pengurusan mahu menaik taraf fasiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Perasmian Bangunan Baharu Universiti Teknologi Swinburne  Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Kerajaan Sarawak sebelum ini menyatakan komitmen untuk merealisasikan inisiatif ekonomi hidrogennya berdasarkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak dengan menjalinkan kerjasama bersama Korea Selatan dan Jepun.

Selain itu, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 akan menjadi hala tuju bagi mentransformasikan ekonomi daripada ekonomi berasaskan sumber konvensional kepada ekonomi yang dipacu teknologi mampan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan