Search
Close this search box.
Ahli PAC pada sidang media membentangkan laporan FELCRA Berhad di sini hari ini. Foto, Salasiah Safian.

Dewan Rakyat:Kerugian anak syarikat punca hutang FELCRA Berhad – PAC

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kerugian operasi anak – anak syarikat FELCRA Berhad dikenal pasti sebagai penyumbang tersebar situasi keberhutangan yang dihadapi syarikat berkenaan, dedah Jawatankuasa Kira – Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dapat dilihat melalui hutang syarikat – syarikat usaha sama estet berjumlah RM309.8 juta dan FELCRA Properties kepada FELCRA Berhad yang berjumlah RM842.7 juta.

Kata beliau, kerajaan juga telah memberikan pinjaman berjumlah RM544 juta kepada FELCRA untuk pembangunan sebuah projek komersial di Jalan Semarak, Kuala Lumpur iaitu Semarak20.

“Berikutan itu PAC telah menjalankan prosiding yang teliti terhadap pinjaman kerajaan ini kepada FELCRA kerana berpandangan syarikat berkaitan kerajaan ini tidak mempunyai kepakaran dalam pembangunan komersial sebesar projek Semarak20.

“(Selain itu) tiga lagi rumusan PAC ialah FELCRA meletakkan objektif penubuhan asal dan mandat untuk mencipta dan menjana pendapatan peserta- peserta FELCRA dalam memenuhi mandat sosial dan ekonomi yang dipertanggungjawabkan namun masih belum dapat dicapai sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Parlimen.

PAC hari ini membentangkan laporannya berhubung FELCRA Berhad di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Sementara itu Mas Ermieyati memaklumkan laporan setebal 100 muka surat itu dibentangkan selepas pihaknya mengadakan sembilan prosiding bermula 27 Jun 2023 hingga 29 Februari 2024 dengan memanggil 15 saksi daripada Jabatan Audit Negara, MOF, KKDW, Felcra Berhad dan kontraktor terlibat projek Semarak20,WZR Group.

Kata beliau, turut menjadi saksi ialah bekas Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

“Semasa prosiding, PAC dimaklumkan hutang FELCRA Berhad dan anak – anak syarikat berjumlah RM1.532 bilion telah distruktur dan dijadual semula untuk tempoh 35 tahun oleh kerajaan melalui kelulusan Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2021.

Sehubungan itu jelas Mas Ermieyati, PAC mengesyorkan kepada kerajaan lima perkara untuk dilaksanakan termasuk melihat kembali struktur serta operasi kumpulan syarikat berdasarkan matlamat asal penubuhan serta obligasi sosialnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan