Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: RUU bubar MAVCOM diluluskan undian belah bahagian

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Pembubaran Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2024 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas undian belah bahagian dilaksanakan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan seramai 93 ahli bersetuju manakala 63 tidak bersetuju.

Jelas beliau, seramai 66 ahli lagi tidak terlibat dengan pengundian kerana tidak hadir.

“Yang bersetuju (93), yang tidak bersetuju (63), yang tidak hadir (66). Maka lebih undi yang bersetuju,” katanya.

Usul undi belah bahagi dikemukakan oleh Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selesai menggulung RUU itu bagi bacaan kali kedua.

Terdahulu, Anthony menjelaskan penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi.

“(Ini juga akan) mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan penerbangan awam terutamanya dalam perkhidmatan pelesenan.

“Mekanisme tunggal ini juga diguna pakai di kebanyakan negara yang mengendali sektor pengangkutan udara utama dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Singapura dan China,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sidang dewan pelaksanaan pembubaran MAVCOM dilaksanakan secara komprehensif melalui sesi libat urus dengan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin meminta supaya pembubaran RUU berkenaan perlu mengambil kira urusan pentadbiran Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) dan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu pula mencadangkan supaya wakil Sabah dan Sarawak dilantik dalam barisan lembaga pengarah bagi penggabungan CAAM dan MAVCOM.

Katanya ini penting untuk memastikan suara dan kepentingan rakyat di kedua-dua wilayah itu diambil kira sebagai rakan kongsi yang setara dalam Kerajaan Persekutuan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan