Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan Tinjauan Harimau Kebangsaan Pertama pada 2016 hingga 2020 menunjukkan bilangan Harimau Malaya di Malaysia kurang daripada 150 ekor. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Populasi Harimau Malaya di hutan Malaysia kurang 150 ekor

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Dewan Rakyat dimaklumkan bilangan Harimau Malaya di hutan Malaysia kurang daripada 150 ekor.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, dapatan itu diperolehi menerusi Survei Harimau Kebangsaan Pertama pada 2016 hingga 2020.

Sehubungan itu jelas beliau kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia telah melaksanakan sembilan tindakan strategik bagi konservasi Harimau Malaya yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2021.

“Usaha ini akan dilaksanakan selama 10 tahun sehingga 2030 menerusi tiga pendekatan termasuk mengukuhkan usaha bagi menghentikan penurunan populasi haiwan itu.

“(Selain itu ini membabitkan) meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya dan memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya,” katanya pada Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (Pakatan Harapan – Bukit Bendera) yang inginkan penjelasan kerajaan berhubung usaha-usaha bagi menambah populasi Harimau Malaya.

Beliau juga bertanya mengenai status semasa jumlah Harimau Malaya yang masih wujud di dalam hutan di negara ini.

Mengulas lanjut, Tiong Sii berkata, usaha yang dilaksanakan telah menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 429 kes telah direkodkan sejak 2019 sehingga April 2024 di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling ProgrammeBP3).

Jelasnya, ini melibatkan tangkapan seramai 490 orang pesalah dengan jumlah sitaan lebih daripada RM258 juta.

“Selain itu, aspek perundangan juga telah diperkukuhkan melalui penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 pada 1 Februari 2023.

“Ini termasuk meningkatkan denda maksimum daripada RM500,000.00 kepada RM1 juta dan hukuman penjara maksimum daripada 10 tahun kepada 15 tahun sebagai salah satu pendekatan pencegahan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan