Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Lantik wakil Sabah, Sarawak ekoran cadangan gabung CAAM-MAVCOM

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu mencadangkan wakil Sabah dan Sarawak dilantik dalam barisan lembaga pengarah bagi penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Katanya ini penting untuk memastikan suara dan kepentingan rakyat di kedua-dua wilayah ini dapat diambil kira sebagai rakan kongsi yang setara dalam Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, Sabah dan Sarawak mempunyai kepentingan strategik dalam sektor penerbangan negara.

“Oleh itu (memiliki) wakil dalam lembaga pengurusan adalah penting bagi memastikan keputusan yang diambil mencerminkan kepentingan dan keperluan seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan bagi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya perkara ini juga akan dapat memastikan pembangunan dan pertubuhan sektor penerbangan adalah inklusif dan seimbang.

Sementara itu katanya lagi, antara kelebihan penggabungan ini ialah ia akan memudahkan proses kelulusan dan pengeluaran lesen penerbangan dengan hanya satu agensi yang bertanggungjawab.

“Ini akan mengurangkan kerumitan birokrasi dan mempercepatkan proses kelulusan untuk industri penerbangan,” katanya.

Dalam pada itu Richard turut meminta kerajaan supaya memperhalusi proses peralihan dan penyerapan kakitangan MAVCOM ke CAAM apabila ia digabungkan kelak.

“Kerajaan juga harus memastikan tiada kakitangan yang terabai dalam proses penggabungan ini.

“Salah satu soalan utama adalah nasib kakitangan MAVCOM. Apakah rancangan untuk mereka? Adakah kesemua kakitangan itu akan diserap ke dalam badan yang baharu ini,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan