Search
Close this search box.
Dewan Rakyat: KUSKOP salur pembiayaan RM731.2 juta di Sarawak. Foto, TVS.

Dewan Rakyat: KUSKOP salur pembiayaan RM731.2 juta di Sarawak

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM731.2 juta di Sarawak.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, KUSKOP sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai program kepada usahawan dan koperasi di seluruh negara.

“Pada tahun lepas, (selain Sarawak) kementerian juga telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM953.9 juta di Sabah,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional – Sungai Besar) yang ingin inisiatif kementerian untuk membantu usahawan kecil terutama dalam kalangan B40 dan usahawan belia di kawasan pedalaman dan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Ewon berkata sebagai langkah untuk meningkatkan daya usahawan B40 dan usahawan muda di kawasan terlibat, pelbagai program telah dilaksanakan pihaknya.

“Antaranya ialah Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah dan Sarawak, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Skim Pembiayaan Usahawan Tamu, Skim Pembiayaan Ikhtiar I-MUDA, Program anjuran INSKEN, Program iTEKAD, PROTEGE, dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan KUSKOP telah memulakan Projek Tamu Desa yang bertujuan untuk membina dan menaik taraf kemudahan ruang niaga dan infrastruktur keusahawanan di luar bandar di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

“Ini melibatkan peruntukan berjumlah RM9 juta yang merangkumi kerja-kerja bina baharu atau naik taraf sebanyak 36 tapak tamu desa di Sabah dan sebanyak 13 tapak tamu desa di Sarawak,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan