Search
Close this search box.
Foto fail Bernama menunjukkan suasana ketika SPM berlangsung.

Dewan Rakyat: KPM berjaya ‘pujuk’ 399 calon ‘ponteng’ SPM duduki semula peperiksaan tahun ini

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya ‘memujuk’ seramai 399 orang calon yang tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2023 untuk menduduki semula peperiksaan berkenaan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementerian akan terus komited menangani isu berkaitan ketidakhadiran murid menduduki SPM.

“Antara usaha lain termasuk mengesan murid yang tidak hadir selain memberi galakan kepada mereka untuk menduduki semula peperiksaan tersebut selain bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kah Woh menjawab soalan Roslan Hashim (Perikatan Nasional -Kulim Bandar Baharu) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan KPM bagi mengatasi isu 10,160 daripada 38,3685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan.

Sementara itu beliau memaklumkan seramai 10,160 pelajar atau 2.6 peratus calon tidak hadir bagi direkodkan untuk SPM 2023.

Katanya statistik itu menunjukkan penurunan berbanding 14,858 orang pada 2022.

“Berkenaan ketidakhadiran (calon SPM) di bandar dan luar bandar, di bandar seramai 6,399 (calon) manakala bagi luar bandar adalah 2,277 calon tidak hadir,” katanya.

Tambah beliau, mengikut analisis KPM, antara punca tidak hadir ialah kerana calon bekerja, masalah keluarga, kemalangan, sakit dan lain-lain.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan