Search
Close this search box.
BNM, Bank Negara Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS).

Dewan Rakyat: Kaji percepat transaksi kewangan pada cuti umum, hari minggu

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Kementerian Kewangan akan meneliti kaedah sesuai untuk mempercepatkan transaksi kewangan, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, ketika ini transaksi bayaran diterima oleh peniaga pada hari sama ketika hari biasa.

“Bagi cuti umum, hari minggu, ini kita (akan) tengok sebab setelah transaksi diteruskan, dikenal pasti, bayaran itu dianggap telah diuruskan.

“Kita akan menguruskan ini, akan semak dan akan pastikan, boleh pendekkan transaksi ini,” katanya di pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong (Barisan Nasional – Ayer Hitam) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai kaedah untuk memastikan transaksi kewangan dalam talian dikreditkan segera ke akaun penerima termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Sementara itu, Hui Ying berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh institusi-institusi perbankan yang telah mengakibatkan kesulitan kepada pelanggan.

Jelas beliau, bank terlibat dikehendaki mematuhi keperluan ditetapkan di dalam dokumen dasar mengenai Pengurusan Risiko dalam Teknologi yang dikeluarkan oleh BNM.

“Dokumen dasar tersebut telah menetapkan keperluan pengurusan risiko teknologi oleh institusi-institusi kewangan, termasuk memastikan penyampaian perkhidmatan kewangan dengan cekap dan selamat bagi menjamin keyakinan awam terhadap sistem kewangan,” katanya.

Tambah beliau, BNM mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mengenakan tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan terhadap institusi-institusi kewangan yang didapati tidak patuh terhadap peruntukan dokumen dasar yang relevan.

“BNM juga telah mengarahkan institusi perbankan menjawab segera kepada pelanggan mereka yang terjejas ekoran gangguan perbankan dalam talian yang dihadapi baru – baru ini.

Jelas beliau BNM telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan bank terlibat mengenal pasti punca utama gangguan.

“(Institusi kewangan terlibat juga perlu) tetapkan langkah pencegahan sesuai bagi mengelakkan isu sama berulang,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Ka Siong yang ingin tahu pandangan kerajaan terhadap isu kekerapan gangguan perkhidmatan dalam talian oleh institusi perbankan ini dan sejauh manakah kesediaan kerajaan untuk mengenakan penalti susulan pretasi perkhidmatan perbankan yang kerap tergendala sehingga menyusahkan para pengguna. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan