Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin bercakap kepada TVS selepas perbahasan Rang Undang - Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia(Pembubaran) 2024. Foto, TVS.

Dewan Rakyat: Bubar MAVCOM perlu ambil kira perkhidmatan udara luar bandar Sabah, Sarawak

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin meminta supaya pembubaran Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 mengambil kira urusan pentadbiran Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) dan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, ini kerana Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian di bawah Akta 771 dengan MASWings bagi meneruskan penyediaan operasi RAS di Sabah dan Sarawak menerusi penambahan 49 laluan berbanding 40 sebelumnya.

“Adakah dengan pembubaran Akta 771 ini, perjanjian ini juga akan menjadi tidak terpakai?

“Sekiranya ya, perkara ini harus diperhalusi secara tuntas dan baik,” katanya ketika perbahasan Rang Undang – Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Willie berkata, pelantikan wakil Kerajaan Sarawak dan Sabah perlu dipertimbangkan untuk berkongsi pandangan sebagai rakan kongsi.

Katanya pelantikan pemain industri dan wakil kementerian yang bertanggungjawab termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengangkutan dan kementerian Kewangan juga perlu dipertimbangkan atas beberapa faktor.

“Ini bagi mengelak jawatan Menteri Pengangkutan (menjadi) begitu berkuasa.

“Oleh itu, saya boleh mencadangkan supaya satu jawatankuasa (berfungsi untuk) semak dan imbang kuasa Menteri Pengangkutan supaya kita dapat ketelusan dan tidak berlaku salah guna kuasa,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan