Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Seri Ahmad Maslan meninjau kemajuan Projek Pembinaan Gantian Penuh 12 Bilik Darjah dan lain-lain kemudahan di SK Jalan Haji Baki. Foto TVS

Dewan Rakyat: 600 projek pembinaan sekolah giat dilaksanakan di seluruh negara

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Sebanyak 600 projek membabitkan pembinaan sekolah baharu, bangunan tambahan sekolah, bangunan gantian sekolah sedang giat dilaksanakan di seluruh negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata daripada jumlah itu sebanyak 156 dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelas beliau, sebanyak 441 projek pula di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala 38 lagi berstatus projek lewat atau projek sakit.

“Berhubung projek yang dikategorikan sebagai sakit, ini kerana pembinaan mengalami kelewatan lebih 20 peratus atau dua bulan (serta) kontraktor tidak berupaya memperbaiki prestasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Onn Abu Bakar (Pakatan Harapan – Batu Pahat) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan status kemajuan terkini pembinaan 26 buah sekolah yang telah dijanjikan akan dibina menerusi Belanjawan 2024.

Mengenai punca projek sakit, Kah Woh berkata, KPM mendapati perkara itu berlaku disebabkan oleh prestasi kontraktor, ketidaksediaan tapak, pindaan reka bentuk dan lain-lain.

Sementara itu bercakap mengenai mekasnisme pemantauan, Kah Woh berkata perbincangan antara JKR dan KPM kerap dijalankan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan status pembinaan 26 sekolah baharu yang dijanjikan dibina dalam peruntukan 2024, Kah Woh memberitahu, ia kini dalam status pra pembinaan.

“Setakat ini, iaitu pada tahun pertama selepas projek diumumkan, kerja-kerja awalan akan dilaksanakan melibatkan pelan ukur dan siasatan tanah (dijalankan). Penetapan skop dan kos telah dimuktamadkan di peringkat KPM,” ujar beliau.

Sebelum ini KPM telah menerima kelulusan untuk membina 26 buah sekolah baharu itu di seluruh negara dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.55 bilion.

Kesemua sekolah itu akan dibina di pulau Pinang, Kedah, Johor, Pahang, Selangor, Sabah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan