Search
Close this search box.
Rombongan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak pada Rabu. Foto TVS

Dedah kemahiran diplomasi, perundingan kunci kejayaan diplomat muda

KUCHING, 26 Jun: Pengukuhan kemahiran diplomasi dan perundingan serta pemahaman budaya menjadi salah satu kunci kejayaan bagi Diplomat muda di awal karier mereka.

Pengarah Pusat Pemerkasaan Kompetensi (CEC) Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Dato Westmoreland Edward Palon berkata, golongan itu perlu memahami dan menghargai budaya, selain mempromosikan negara sendiri terutama jika ditugaskan ke luar negara.

“Salah satu daripada segmen latihan mereka adalah untuk memahami perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Jadi, kami mengambil keputusan untuk melawat Sarawak pada tahun ini disebabkan keunikan hubungan antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, selain menyaksikan kepesatan pembangunan yang dikecapi Sarawak saban tahun,” katanya.

“Pada masa yang sama, kami juga ingin merasai serta memahami dengan lebih mendalam budaya serta pembangunan yang berlaku di Sarawak, agar mereka ini kelak dapat membantu dalam mempromosikan selain menyebarkan maklumat mengenai Sarawak dan pada masa yang sama mempromosikan Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat rombongan IDFR serta 14 peserta terdiri daripada peserta Diploma Diplomasi (DiD) kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak pada Rabu.

Peserta DiD perlu menjalani latihan selama enam bulan bagi memberikan pendedahan mendalam dari pelbagai sudut hal ehwal diplomasi dan hubungan antarabangsa kepada para peserta sebelum ditugaskan sebagai wakil Malaysia di perwakilan luar negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan