Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

CEO syarikat konsesi lebuh raya antara lapan ditahan SPRM, babit rasuah lebih RM1.6 bilion

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jun: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat konsesi lebuh raya bergelar Datuk, disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Sumber berkata kesemua suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an hingga 50-an itu, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.

“Tiga daripada suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya, disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1 bilion daripada lima pemilik syarikat, sebagai balasan mendapatkan kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan sebuah syarikat lain.

“Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek ialah RM 11 bilion,” katanya.

Menurut sumber, ketua pegawai eksekutif itu bersama dua pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun, manakala lima pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini mengikut permohonan SPRM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan