Search
Close this search box.

ART jadi pengangkutan, penghubung institusi pendidikan antara Kuching dan Samarahan – Abang Johari

ByKimberly Dickson

KUCHING, 26 Jun: Transit Aliran Autonomi (ART) akan menjadi platform pengangkutan bagi menghubungkan institusi pendidikan tinggi (IPT) antara di Kuching dan Samarahan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meyakini prasarana ART akan menjadi pengangkutan pilihan utama para pelajar IPT bagi mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka.

ART penghubung institusi pendidikan di Sarawak | TVS

“ART akan menghubungkan pelajar Universiti Teknologi Swinburne dengan institusi lain contohnya Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan IPT lain.

“Lokasi Swinburne ini sangat strategik dan seiringan dengan peningkatan kemudahan bukan hanya dari segi saiz kampus tetapi pengangkutan awam, ART akan mempunyai stesennya di universiti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian pembukaan bangunan baharu universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Jelas beliau, hal ini dapat mewujudkan interaksi dan perkongsian di antara semua penuntut pengajian tinggi di Sarawak untuk saling bertukar-tukar idea dan pandangan serta meneroka ilmu baharu bersama.

Tambah Abang Johari lagi, Swinburne tidak terkecuali untuk memberi pendidikan percuma khasnya untuk anak jati Bumi Kenyalang menjelang tahun 2026.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata laluan biru iaitu dari Rembus ke Hikmah Exchange, 27.6 kilometer (km), laluan merah dari Kuching Sentral ke Pending sejauh 12.3 km dan laluan hijau dari Pending ke Damai Central sepanjang 30 km.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion serta Naib Canselor dan Presiden Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Pascale Quester. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan