Search
Close this search box.
Tun Wan Junaidi berangkat pulang ke Kuching selepas menamatkan lawatan kerja rasmi ke Brunei Darussalam hari ini.

Tun Wan Junaidi akhiri lawatan ke Brunei

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berangkat pulang ke Kuching pada jam 3 petang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Brunei Darussalam.

Turut mengiringi, isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak serta delegasi lain.

Dalam lawatan itu, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima mengadap Tun Wan Junaidi di Istana Nurul Iman pada Isnin.

Menerusi kunjungan muhibbah itu delegasi Sarawak turut mengadakan lawatan ke beberapa lokasi.

Terdahulu sebelum keberangkatan pulang, Tun Wan Junaidi sempat menelusuri Sungai Brunei dengan menaiki kapal persiaran Brunei River Cruise bersama delegasi.

Perjalanan kira-kira 45 minit itu, Tun Wan Junaidi menikmati pemandangan di kawasan sekitar sepanjang sungai berkenaan.

Ia termasuk kawasan kediaman komuniti di Kampung Air.

Turut menarik perhatian, infrastruktur sekolah dibina di atas air. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan