Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo menerima cenderamata selepas sesi taklimat dan lawatan kerja ke Bahagian Sri Aman di Bangunan Jkr Sri Aman pada Selasa. Foto TVS

Tiada projek sakit di Sri Aman, kemajuan ikut jadual – Aidel

SRI AMAN, 25 Jun: Tiada sebarang projek sakit di Bahagian Sri Aman serta tahap kemajuan majoriti bagi pelaksanaan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual.

Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bahagian Sri Aman selaku pegawai penguasa projek menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan segalanya berjalan mengikut perancangan.

Menurutnya, wakil rakyat di Bahagian Sri Aman turut memainkan peranan penting dalam memberikan kerjasama dan berkongsi informasi yang diperlukan oleh Jkr dalam menjalankan kerja-kerja mereka.

“Kita berbangga dengan pencapaian JKR Sri Aman selaku pegawai penguasa ataupun kepada projek-projek bahagian Sri Aman kerana kita mendapati kebanyakannya mengikut jadual dan ada yang mendahului jadual tidak ada projek sakit.

“Terima kasih kepada sokongan dan penglibatan daripada ahli-ahli wakil rakyat ahli-ahli yang berhormat di kawasan yang senantiasa memberi info kepada pihak agensi untuk menyegerakan ataupun mentadbir urus projek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas taklimat dan lawatan kerja ke Bahagian Sri Aman di Bangunan JKR Sri Aman pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berterima kasih kepada para kontraktor yang senantiasa komited memastikan projek yang dijalankan di Bahagaian Sri Aman mengikut jadual.

Ujarnya lagi, semoga pada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada kawasan mereka bukan sahaja melibatkan pembangunan infrastruktur tetapi juga bagi aspek sosial dan ekonomi masyarakat setempat.

“Kontraktor-kontraktor yang telah dipilih dan menjalankan pelaksanaan saya berharap lah projek yang kita laksanakan dapat siap mengikut jadual.

“Saya berharap lagi dalam RMK13 yang akan datang kita akan dapat banyak lagi peruntukan untuk kita menjalankan projek yang kita telah cadang dan dipertimbangkan supaya lebih ramai lagi penduduk-penduduk kita mendapat manfaat bukan dari segi pembangunan infrastruktur tetapi juga melibatkan sosial dan ekonomi,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan