Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang hilang ketika mencari sayur di hutan berdekatan Kampung Taee, Jalan Baki-Riih ditamatkan selepas gagal menjumpai mangsa. Foto JBPM

SAR warga emas hilang di hutan ditamatkan, mangsa gagal dijumpai

SERIAN, 25 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang hilang ketika mencari sayur di hutan berdekatan Kampung Taee, Jalan Baki-Riih di sini, ditamatkan selepas gagal menjumpai mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, PBK II Christopher Tungoh berkata, SAR hari ketujuh hari ini dimulakan pagi tadi bagi meneruskan pencarian mangsa.

“Pasukan penyelamat dibahagikan kepada empat kumpulan dengan tumpuan lokasi motosikal dijumpai dan ladang sawit dan kebun getah, selain tepi jalan menuju ke Kampung Taee.

“Pencari disambung semula pada tengah hari tadi dengan tumpuan pusat secara satu pasukan kaedah fan searching dari kebun sawit sebelah kanan jalan sehingga ke tempat motosikal mangsa ditinggalkan namun masih juga gagal mengesan dan menemui apa-apa petunjuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR ditamatkan pada jam 5 petang ini dan mangsa gagal dijumpai.

Mangsa, Asui Langgang,88, keluar rumah pada 17 Jun lalu pada jam 9 pagi menggunakan motosikal untuk mencari sayur di hutan namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Pencarian awal telah dilakukan oleh ahli keluarga mangsa bersama orang kampung dan telah menemui motosikal yang digunakan oleh mangsa tetapi mangsa masih tidak dijumpai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan