Search
Close this search box.
Penduduk Palestin mengangkut bantuan kemanusiaan antarabangsa daripada trak di tengah Semenanjung Gaza pada 18 Mei 2024, di tengah-tengah genosid. Foto AFP

Raja Maghribi arah bantuan perubatan kemanusiaan untuk Gaza

ByBernama

RABAT, 25 Jun: Raja Maghribi Mohammed VI telah mengarahkan pelaksanaan operasi bantuan perubatan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza, lapor agensi berita Maghreb Arabe Press (MAP) yang memetik Kementerian Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.

Bantuan itu terdiri daripada 40 tan produk perubatan, termasuk peralatan untuk merawat kecederaan luka terbakar serta kecemasan pembedahan dan traumatologi, serta ubat-ubatan penting untuk dewasa dan kanak-kanak, menurut kenyataan kementerian.

Raja telah bersetuju untuk menanggung sebahagian besar daripada bantuan itu daripada dana peribadi baginda.

Bantuan Maghribi akan dihantar melalui laluan darat yang sama digunakan untuk operasi bantuan makanan yang dilaksanakan atas arahan baginda semasa Ramadan lepas.

Operasi kemanusiaan berskala besar ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan baginda terhadap perjuangan Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan