Search
Close this search box.
Penyerahan salinan salasilah itu telah disempurnakan Tun Wan Junaidi kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Pengiran Mohd Hasnan Pengiran Ali Hassan semasa kunjungan beliau ke pusat tersebut pada Selasa. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Pusat Sejarah Brunei: Tun Wan Junaidi serah salasilah lebih 200 tahun

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun: Salasilah dan susur galur keturunan keluarga Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara asal usul yang dipamerkan di Galeri Pusat Sejarah Brunei.

Penyerahan salinan salasilah itu telah disempurnakan Tun Wan Junaidi kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Pengiran Mohd Hasnan Pengiran Ali Hassan semasa kunjungan beliau ke pusat tersebut pada Selasa.

Tun Wan Junaidi ketika mendengar penjelasan dari pegawai Galeri Pusat Sejarah Brunei mengenai salasilah keluarganya di dalam catatan di pusat berkenaan. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Menariknya, salinan jalur asal susur galur keluarga sepanjang sembilan kaki yang berusia lebih 200 tahun turut diserahkan kepada pusat sejarah berkenaan untuk kajian dan rujukan.

Ia menunjukkan salasilah keluarga sebelah ayahanda Tun Wan Junaidi yang berasal dari keturunan Sayid Yassin Al-Yahya berasal dari Terengganu, Sayyid Agil dari Banting, Sarawak, Sayyid Muhammad, Sayyid Hamid, Sayyid Hamid, Sayyid Zainal Abidin dan Tuanku Hassan.

Malah ia dijelaskan dalam catatan lengkap yang telah didokumentasikan di Unit Salasiah, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Pusat Sejarah Brunei.

Bagaimanapun menurut Pegawai Pusat Sejarah Brunei mengenai kajian dan susunan sejarah keturunan bonda Tun Wan Junaidi iaitu Sharifah Hanifah dikatakan berasal daripada keluarga Al Aiydrus daripada jalur Faqih Muqqaddam seperti catatan asal tulisan pengkaji Pusat Sejarah Brunei, Almarhum Jamil Al-Sufri.

Menerusi catatannya ada menyebut tentang keluarga Hussein Bin Abdul Kadir yang bersambung kepada Al Aiydrus itu yang mana Hussein ini merupakan moyang kepada sebelah bondanya.

Difahamkan kajian lanjut akan dijalankan penyelidik dari Sarawak dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei.

Turut mengiringi, isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta para delegasi Sarawak yang lain.

Untuk makluman Dewan Pameran Salasilah mempunyai galeri yang mengandungi salasilah perkaitan penting dengan sejarah negara Brunei.

Antaranya asal usul bangsa di dunia, salasilah para Nabi, Rasul dan Sahabat serta Imam.

Selain itu, Salasilah Kesultanan Brunei dengan Raja-Raja di Alam Melayu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan