Search
Close this search box.
Lidam Assan bersama rombongan komuniti URDA di kilang pemprosesan kopi di Bintawa pada Selasa. Foto TVS

Program penanaman kopi pemangkin ekonomi – Lidam

KUCHING, 25 Jun: Penanaman kopi dilihat sebagai salah satu strategi dan inisiatif untuk meningkatkan pendapatan serta tahap sosio-ekonomi penduduk, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Lidam yang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Industri dan Keusahawanan URDA ditemui di kilang pemprosesan kopi di Bintawa menyifatkan kopi yang dihasilkan di Sarawak mempunyai potensi untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa.

“Memang menjadi hasrat kita untuk menaikkan sosio-ekonomi melalui tanaman kopi, tapi walaubagaimanapun kita baharu berusaha bersama pemain industri dan badan-badan tertentu seperti URDA ataupun pemegang taruh yang ada pada kita, seperti Sarawak Energy Berhad (SEB), program-program tertentu dari syarikat-syarikat yang besar bersama kita di Kapit.

“Kita akan bangunkan industri kopi ini, contoh, untuk kita naikkan tahap sosio-ekonomi rakyat, pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui pemberita selesai lawatan ke kilang pemprosesan kopi di Bintawa pada Selasa.

Lawatan ke pusat pemprosesan kopi di Bintawa ini merupakan sebahagian daripada intipati program lawatan kerja sambil belajar komuniti Lembaga Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk meneroka peluang dalam bidang pengusahaan tanaman komoditi seperti kopi serta madu kelulut.

Menurut Lidan, pada sesi sebelah paginya, komuniti URDA berkesempatan melawat ke Lembaga Koko Malaysia di Kota Samarahan bagi mendengar taklimat berkenaan potensi penanaman dan perusahaan koko yang menjadi antara komiditi penyumbang kepada ekonomi tempatan dan luar negara.

Kerajaan Sarawak kini giat untuk mengusahakan penanaman kopi di sebidang tanah berkeluasan 1,000 ekar di Kampung Bayur, Serian dan Kampung Emperoh Jambu, Siburan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan penanaman kopi besar-besaran di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan