Search
Close this search box.
Persidangan hari ini disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Mohd Hatta Zakaria. Foto JKKP Malaysia

Persidangan PD&T, HSE tingkat kesedaran, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Jun: Penganjuran Project Delivery & Technology (PD&T) and Partners Health, Safety & Environment (HSE) Conference 2024 di Bandaraya ini menjadi satu penanda aras komitmen bersepadu terhadap kecemerlangan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

Persidangan anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan kerjasama Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) hari ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja berkonsepkan tripartisme.

Menurut kenyataan hari ini, PETRONAS memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kecekapan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) yang berkelayakan di Malaysia.

“Melalui pelbagai inisiatif, PETRONAS telah menyumbang secara signifikan kepada latihan dan pembangunan SHO, memastikan mereka dilengkapi dengan pengetahuan untuk menangani cabaran dinamik keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025 atau OSHMP25 dibangunkan bertujuan untuk memperkukuhkan lagi pembentukan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’ di kalangan majikan dan pekerja dan program pada hari ini merupakan salah satu Program di bawah Teras Strategik 6 iaitu Pemantapan KKP Melalui Teknologi,” jelas kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu menambah penganjuran persidangan itu adalah penting dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan cekap melalui integrasi teknologi, juga menepati landskap KKP negara yang akan berevolusi selaras dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.

“Pindaan ini akan mendorong peningkatan dalam standard keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan seterusnya memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia,” tambah kenyataan itu lagi.

Penganjuran persidangan ini juga merupakan soft launch sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) 2024 peringkat kebangsaan dan merupakan acara tahunan yang disambut pada minggu ke-2 bulan Julai setiap tahun bermula pada tahun 2006, susulan daripada kelulusan dan arahan Kabinet Malaysia pada 24 Mei 2006.

Tema OSH Week pada tahun ini ialah ‘Revolusi Lanskap KKP: Pasca Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022’.

Tempoh pelaksanaan sambutan OSH Week bermula seawal bulan Jun, bersempena dengan tarikh penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 sehingga 31 Julai 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan