Search
Close this search box.
Pasangan kembar cilik Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef bersama Dewi Liana Seriestha merakan gambar kenangan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Foto TVS

Pasangan kembar, Aleysha dan Ryan ‘terbang’ ke California sertai WCOPA

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Jun: Bakat luar biasa pasangan kembar cilik, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, telah menerbangkan mereka ke Amerika Syarikat untuk mewakili Malaysia berentap di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-27 pada 28 Jun hingga 6 Julai ini di Long Beach, California.

Anak Sarawak yang memiliki bakat dalam nyanyian itu iaitu Aleysha akan beraksi dalam kategori persembahan solo dalam tiga genre vokal iaitu Rock & Ballad, Pop dan Broadway dengan menggayakan pakaian formal dan kasual untuk kategori peragaan, selain dua lagu duet bersama Ryan.

Manakala Ryan pula bakal melontarkan suara dalam genre Pop dan Terbuka dengan pakaian formal dan kasual bagi persembahan peragaan selain duet dengan pasangan kembarnya.

Pasangan berusia 11 tahun itu merupakan anak didik kepada pemenang pingat emas opera klasik, tiga pingat perak untuk kategori kontemporari, muzik dunia dan pelbagai (vokal), anugerah khas di bawah Anugerah Industri dan pingat untuk juara klasik WCOPA pada 2014 iaitu Dewi Liana Seriestha.

Ditemui pemberita sebelum berlepas ke Kuala Lumpur hari ini, pasangan cilik itu meluahkan keterujaan mereka selepas menghadiri kelas intensif dalam kedua-dua vokal dan permodelan sejak dua bulan lepas.

“Sasaran kami hanya satu untuk menang. Apabila menang, saya mahu dengan bangga memaklumkan kepada semua penonton bahawa kami wakil dari Sarawak, Malaysia,” katanya.

Ibu mereka, Shirley Hasmani Datuk Eddie berkongsi rasa bangganya dengan pencapaian mereka dan mengucapkan terima kasih atas sokongan termasuk Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg dan Kerajaan Sarawak kerana menaja kedua-dua anaknya untuk melangkah ke WCOPA.

Aleysha dan Ryan akan menyertai 15 lagi bakat Malaysia di WCOPA, iaitu majoritinya merupakan peserta negara.

WCOPA merupakan platform yang juga dikenali sebagai Olimpik Bakat untuk penghibur yang bercita-cita tinggi dan berjaya menarik penyertaan lebih 60 buah negara dari seluruh dunia setiap tahun.

Untuk rekod, ramai peserta Malaysia telah memenangi emas di WCOPA, termasuk penghibur Sarawak yang terkenal, Bob Yusof. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan