Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 hari ini. Foto Aziz Soleh (TVS)

Ordinan Ombudsman 2023 beri impak kewangan positif kepada Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Jun: Pendekatan Ordinan Ombudsman 2023 berjaya memberikan impak kewangan positif kepada wilayah ini, khususnya pada Perbelanjaan Prestasi Pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berjaya merekodkan peningkatan perbelanjaan kepada RM7.191 bilion pada 2023, berbanding RM6.263 bilion pada 2022.

“Disebabkan oleh pendekatan ini, dari sudut perbelanjaan, Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak RM0.928 bilion (14.8 peratus) pada 2023 berbanding 2022.

“Sarawak melihat integriti adalah penting dan kita mesti mempunyai pendekatan yang agak ketat khasnya dalam menguruskan kewangan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024, di BCCK, hari ini.

Tambahnya, Sarawak akan terus memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan bagi mengurangkan ketirisan.

Untuk rekod, Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Ombudsman Sarawak pada 20 November 2023.

Ordinan berkenaan diperkenal bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam agensi kerajaan dengan membenarkan orang ramai melaporkan penyelewengan kepada ombudsman.

Ordinan tersebut adalah bagi memastikan terdapat elemen semak dan imbang selain membolehkan kerajaan menambah baik sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan