Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo semasa taklimat dan lawatan kerja ke Bahagian Sri Aman di Bangunan JKR Sri Aman pada Selasa. Foto TVS

Lebih RM2.932 bilion projek pra kontrak diluluskan bagi Bahagian Sri Aman

SRI AMAN, 25 Jun: Projek pra kontrak yang telah mendapatkan kelulusan bagi Bahagian Sri Aman bernilai lebih RM2.932 bilion.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo berkata, projek-projek ini merupakan sebahagian daripada perancangan pembangunan melibatkan keseluruhan lebih 50 projek daripada pelbagai program jabatan mahupun kementerian.

Ujarnya, komitmen yang tinggi amat diperlukan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bagi Bahagian Sri Aman agar pelaksanaan projek-projek ini kelak berjalan sesuai perancangan.

Tambahnya lagi, pelaksanaan projek-projek ini akan diteruskan dan dilanjutkan tempoh pembinaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

“Kalau di Bahagian Sri Aman ada banyak  projek-projek yang dalam perancangan atau pra kontrak yang telah diluluskan berjumlah RM2.932 billion.

“Projek-projek yang di dalam perancangan ini memerlukan komitmen daripada pihak JKR untuk menyegerakan pelaksanaan projek ini dan sudah tentunya projek ini akan juga dilanjutkan tempoh pembinaannya di RMK13 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas taklimat dan lawatan kerja ke Bahagian Sri Aman di Bangunan JKR Sri Aman pada Selasa.

Antara projek pra kontrak yang telah diluluskan seperti laluan jalan pesisir menghubungkan kawasan Bahagian Sri Aman, projek sekolah daif dan beberapa projek lain daripada Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM78 juta. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan