Search
Close this search box.
Kehadiran orang ramai memriahkan majlis rumah terbuka Hari Gawai Dayak Majlis Perbandaran Padawan 2024 di Padawan pada Selasa. Foto TVS

Hari Gawai Dayak Majlis Perbandaran Padawan 2024 rai perpaduan Sarawak

PADAWAN, 25 Jun: Seramai 500 tetamu memeriahkan Majlis rumah terbuka Hari Gawai Dayak Majlis Perbandaran Padawan 2024 di Majlis Perbandaran Padawan di sini.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Tan Kai berkata penganjuran majlis rumah terbuka Hari Gawai Dayak Majlis Perbandaran Padawan 2024 itu adalah berlandaskan perjuangan kerajaan Sarawak demi perpaduan masyarakat.

“Jadi pada dasarnya adalah untuk menegakkan Kerajaan Sarawak kita adalah perpaduan dalam kepelbagaian kaum.

“Jadi semua orang datang ke sini supaya semua orang gembira atau dalam bahasa melayu untuk mempromosikan semangat silaturahim objektif ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Gawai Dayak Majlis Perbandaran Padawan 2024 di Padawan pada Selasa.

Tambahnya, sambutan pelbagai jenis perayaan di MPP telah bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan para pekerja MPP khasnya.

Jelasnya, ia sebagai bukti bahawa kepelbagaian kaum di dalam kalangan pekerja telah mewujudkan keharmoian sejagat kepada negeri Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan