Search
Close this search box.
Fabian Bigar dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuat kuasa mulai 24 Jun 2024. Foto Kementerian Digital (FB)

Fabian Bigar, anak Sarawak dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Digital

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Jun: Fabian Bigar yang merupakan anak Sarawak telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuatkuasa mulai semalam, 24 Jun.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyifatkan pelantikan anak Sarawak menerajui kementerian itu merupakan satu pengiktirafan besar buat Sarawak dalam industri berkenaan.

“Selepas 60 tahun pembentukan Persekutuan Malaysia, anak Sarawak pernah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia tetapi kebanyakkan jawatan persekutuan di dalam kementerian tidak pernah diisi oleh anak Sarawak.

“Akhirnya, kita mempunyai anak Sarawak yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha daripada 32 kementerian dalam Kerajaan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, MyDIGITAL Corporation menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Fabian yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif itu serta menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin luar biasa.

“Beliau merupakan tonggak yang membentuk MyDIGITAL Corporation dan MYCentre4IR dan telah membina syarikat sehingga tahap hari ini dan mantra beliau iaitu ‘selesaikan masalah dahulu’  akan kekal sebagai budaya kerja kami.

“Beliau memimpin dengan kebijaksanaan dan keprihatinan, sentiasa bersedia untuk menurunkan pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengemudi pasukan melalui sebarang cabaran dengan tenang,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yakin pelantikan beliau akan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam peranan baharu itu dan terus memberi impak positif kepada landskap digital negara.

Kementerian Digital diterajui menterinya Gobind Singh Deo dan timbalan menterinya Datuk Wilson Ugak Kumbong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan