Search
Close this search box.
Dadah dirampas yang akan dijadikan bukti kes. Foto IPD Sarikei

Dua wanita antara tiga individu ditahan terlibat dadah dalam serbuan di Sarikei

SARIKEI 25 Jun: Polis Sarikei menahan tiga individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah dadah dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintendan Aswandy Anis berkata, suspek merupakan seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 32 dan 39 tahun serta wanita warga Indonesia berusia 42 tahun.

Susulan penahanan itu katanya, pelbagai jenis dadah yang keseluruhannya bernilai RM16,780.80 turut dirampas.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah dan di dalam sebuah kenderaan yang berada di garaj rumah tersebut menjumpai pelbagai jenis dadah berbahaya.

“Dadah yang dirampas disyaki jenis eramin 5, 387 biji berat kasar 109.9 gram, jus campuran jenis mdma, 2 paket berat kasar 83.50 gram, ketamin, berat kasar 28.0 gram dan ekstasi, 18 biji berat kasar 7.3 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sarikei.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua suspek warga tempatan positif dadah manakala seorang suspek warga asing didapati negatif dadah.

“Kesemua mereka direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB1952 jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan 12 sebatan.

“Pihak polis menyeru kepada masyarakat awam agar menyalurkan maklumat sekiranya terdapat maklumat berkenaan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan