Search
Close this search box.
Pihak polis membuat tangkapan dua lagi suspek merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini pada 19 Jun lalu. Foto hiasan Envato

Dua lagi suspek merusuh dan cederakan pengawal keselamatan diberkas polis

KUCHING, 25 Jun: Pihak polis membuat tangkapan dua lagi suspek merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini, pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, tangkapan dua suspek lelaki berusia 34 dan 40 tahun itu dilakukan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada Sabtu lalu, di Jalan Penrissen, Padawan.

“Secara keseluruhannya pihak polis telah menangkap empat suspek yang terlibat dan polis masih berusaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah kekerasan, dadah dan juga perjudian online,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kesemua suspek telah dituduh di Mahkamah Kuching hari ini di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata.

“Kesemua suspek turut dituduh di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pencerobohan jenayah,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan