Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Wujudkan 250,000 peluang pekerjaan menerusi Majlis TVET Negara

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 250,000 peluang pekerjaan melalui Majlis TVET Negara bermula pertengahan tahun ini sehingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana terdapat kira-kira 250,000 tempat di institut TVET yang menawarkan kursus jangka pendek dan sederhana yang dilihat mampu mewujudkan peluang pekerjaan bidang itu.

“Secara tidak langsung, pengangguran yang ketara akan dapat dikurangkan dan separa pengangguran dapat dikurangkan. Menerusi langkah ini, indeks pengangguran akan diturunkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada kadar sekarang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ini merupakan langkah proaktif kerana pelabur asing memerlukan 30,000 jurutera dan negara tidak mampu menawarkan angka itu.

“(Oleh itu) alternatifnya adalah kusus-kursus TVET sama ada secara jangka pendek atau sederhana dan kemudianya pelajar akan berpeluang untuk mengambil kursus profesional apabila melepasi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM),”katanya.

Langkah berkenaan juga kata Ahmad Zahid akan menjadi laluan pintas untuk pelajar memiliki ijazah.

Sementara itu beliau memaklumkan, sebanyak 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berjaya memperoleh  pekerjaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan