Search
Close this search box.
Sarawak merupakan antara pemain penting sektor semi konduktor negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Sarawak, Selangor main peranan penting bangunkan semikonduktor

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Sarawak merupakan antara pemain penting sektor semi konduktor negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini Kerajaan Sarawak telah memainkan peranan penting memajukan industri itu di wilayah mereka.

Jelas beliau Kerajaan Persekutuan akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan di beberapa negeri untuk terus memajukan sektor berkenaan.

“Pada masa ini negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak telah memainkan peranan dalam membangunkan sektor semikonduktor, begitu juga di Kedah,” katanya pada Sesi Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Tengku Zafrul menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional – Kota Bharu) yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan memastikan tercapainya sasaran sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional (SSN) Malaysia.

Sementara itu beliau memaklumkan, sektor berkenaan telah menyumbang sebanyak 82 peratus daripada jumlah keseluruhan RM84 bilion pelaburan yang telah diluluskan untuk projek Elektrik dan Elektronik (E&E) sepanjang tahun lepas.

Katanya, kerajaan yakin terhadap sasaran pelaburan yang telah ditetapkan dalam Strategi Semikonduktor Nasional (SSN).

“(Pencapaian ini disumbang oleh) kedudukan Malaysia yang strategik, ketersediaan infrastruktur yang lengkap, kewujudan perjanjian dagangan bebas dengan negara serantau dan ketersediaan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan sektor semikonduktor,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan, bagi merealisasikan sasaran yang ditetapkan SSN, ia memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk perubahan pemaju yang merupakan faktor penting.

Tambah beliau, pemaju perubahan SSN tersebut adalah dengan menggalakkan penyertaan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan juga syarikat modal teroka untuk menubuhkan infrastruktur dan kemudahan bertaraf dunia.

“Begitu juga dengan usaha membangun dan menarik bakat tempatan melalui kerjasama erat antara pelbagai kementerian dan juga memudah cara aktiviti pelaburan.

“SSN juga diselaraskan dengan pelbagai hala tuju negara seperti Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-13) kajian separuh penggal ke-12, pembangunan hala tuju electrikal, elektronik dan sebagainya,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan