Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Pelajar Sabah, Sarawak disediakan biasiswa penuh ikuti kursus TVET di China

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kerajaan membuka peluang kepada pelajar Malaysia tanpa mengira kaum untuk mengikuti latihan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, ini berikutan kerajaan telah menyediakan sebanyak  5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke negara itu dengan biasiswa penuh.

“Kerajaan mengambil pendirian ‘buta warna’ atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat untuk mengikuti kursus TVET.

“Tawaran ini untuk pelajar keturunan Cina, India serta di Sabah dan Sarawak,” katanya pada Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias (Barisan Nasional -Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama yang ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

Sementara itu beliau menjelaskan menerusi 1,300 institusi TVET milik kerajaan dan swasta di Malaysia, ia harus menawarkan kursus yang bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga.

“Kursus yang ditawarkan akan ditentukan keperluannya oleh industri agar pelajar terus mendapat pekerjaan dengan syarikat berkenaan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan