Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menjawab soalan berkaitan penjualan saham MAHB kepada syarikat asing di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Malaysia tidak jual lapangan terbang kepada syarikat asing – PM Anwar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Malaysia tidak menjual lapangan terbang kepada syarikat asing yang dikaitkan dengan Israel seperti dakwaan segelintir pihak.

Dalam isu penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), jelas Perdana Menter ia akan meningkatkan pemilikan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  kepada 70 peratus berbanding 41 peratus ketika ini.

“Ini berbeza dengan naratif di luar (yang) seolah (berlaku) penjualan, tidak ada penjualan MAHB kepada syarikat asing, selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan GIP, itu saya hendak jelaskan faktanya.

“Apakah kita ada penjualan yang melibatkan lapangan terbang, tidak, penjualan ini hanya melibatkan pengurusan, MAHB syarikat yang uruskan lapangan terbang, lapangan terbang kekal milik Kerajaan Malaysia,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang meminta beliau menjelaskan keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, urus niaga berkenaan sama seperti MAHB diberi izin oleh Kerajaan Turkiye menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

“Kita diberi hak mengurus tetapi lapangan terbang kekal milik Turkiye,” katanya.

Pada masa sama Perdana Menteri menjelaskan kerjasama KWSP dengan GIP bermula sejak 2012 bagi menguruskan lapangan terbang di Sydney, Australia.

“Seperti mana kita tahu, yang dibangkitkan setelah rundingan selesai, ada pengumuman BlackRock Inc akan ambil alih kepentingan GIP (namun) GIP buat kenyataan ini tidak menjejaskan peranan syarikat urus lapangan terbang kerana itu kepakaran mereka,” katanya.

Berhubung penyertaan BlackRock dalam pasaran tempatan, Anwar menegaskan bahawa pengurus aset terbesar di dunia itu sudah lama bertapak di Malaysia.

“BlackRock mempunyai kepentingan dalam pasaran bursa saham (sebanyak) RM20.5 bilion termasuk syarikat besar (seperti) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia Bhd (TM), Petronas dan RM7 bilion bon kerajaan dan korporat Malaysia (namun) kita diserang sekarang termasuk oleh rakan – rakan sebelah sana (pembangkang),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan