Search
Close this search box.
Datuk Lukanisman Awang Sauni menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan - Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Lebih 27,000 pemanggil hadapi masalah mental dibantu – Lukanisman

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Sebanyak 46,324 panggilan diterima sejak talian bantuan krisis kesihatan mental (Talian HEAL 15555) diwujudkan pada 21 Oktober 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 27,361 atau 59 peratus klien telah menerima bantuan sokongan dan emosi.

Jelas beliau, sebanyak 18,963 atau 41 peratus klien pula telah diberikan intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling.

“Sebanyak 288 kes tingkah laku bunuh diri telah dikendalikan meliputi idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri.

“Daripada jumlah ini, 161 kes idea bunuh diri telah diberikan intervensi dan 127 kes cubaan bunuh diri telah dirujuk dan berjaya dibawa ke fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Perikatan Nasional -Rantau Panjang) yang ingin tahu bilangan kes yang diterima menerusi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental sehingga kini dan tindakan susulan yang diambil untuk membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu Lukanisman berkata, bagi setiap kes cubaan bunuh diri yang telah berjaya diselamatkan, pegawai psikologi akan melakukan panggilan susulan secara berkala bagi memastikan kelangsungan rawatan dan pemulihan.

Sementara itu, menjawab mengenai status penubuhan Institut Kesihatan Mental KKM, Lukanisman menjelaskan kerja awalan telah dilaksanakan iaitu dengan menyediakan brief project dan kebolehlaksanaan bagi pembelian bangunan di Cyberjaya untuk menempatkan pusat tersebut.

“Kerja awalan ini dijadualkan selesai pada 2025 dan KKM akan mengemukakan permohonan peruntukan bagi perolehan bangunan tersebut di bawah rolling plan pertama Rancangan Malaysia ke 13 pada 2026,” tambahnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan