Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Lebih 13,000 pelajar terima manfaat inisiatif penggunaan stadium percuma

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Jun:  Lebih 13,000 pelajar menerima manfaat inisiatif penggunaan percuma kemudahan stadium bagi penganjuran kejohanan sukan di peringkat sekolah.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, program berkenaan dilaksanakan oleh kementeriannya dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sejak Oktober 2023.

Jelas beliau, pengecualian sewaan kepada sekolah-sekolah bertepatan dengan usaha kementerian untuk merakyatkan penggunaan kemudahan sukan.

“Sebelum inisiatif pengecualian sewaan ini dilaksanakan, kadar sewaan sebanyak RM3,000 dikenakan  bagi penggunaan separuh hari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan RM5,000 untuk penggunaan satu hari.

“Bagi sekolah swasta pula, sewa RM4,000 dikenakan untuk penggunaan separuh hari dan RM8,000 untuk penggunaan satu hari.

“(Namun) bukan semua stadium di Malaysia berada di bawah seliaan KBS kerana ada yang diuruskan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persendirian,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Panglima Madius Tangauli (Pakatan Harapan -Tuaran) pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Hannah berkata, KBS juga bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan mempromosikan sukan yang masih baharu.

Jelas Hannah beliau telah bertemu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah padang sekolah rosak yang menjejaskan kegiatan sukan pelajar.

“Kalau padang sekolah rosak dan berlumpur, kanak- kanak yang hendak bermain olahraga seperti berlari, mereka akan rasa sukar untuk berlatih.

“Kita telah mencadangkan kepada KPM untuk membuat audit mengenai jumlah padang (sekolah) yang rosak yang (berpotensi) menyebabkan kelas pendidikan jasmani tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Berhubung kerjasama dengan KPT pula, Hannah menjelaskan langkah berkenaan telah dilaksanakan dengan Univeristi Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaya (UM).

“KPT mempunyai tanah untuk fasiliti sukan tetapi mungkin tiada kerjasama dengan perstauan sukan kebangsaan (namun) sekarang persatuan sukan kebangsaan sudah masuk, syabas saya ucapkan kepada UiTM banyak bantu persatuan sukan.

“Begitu juga dengan UM yang buat transformasi dengan menukar gelanggang tenis kepada pickleball,  sekarang kita bincang untuk buat fasiliti sukan boling padang,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan