Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib ketika sesi soal jawab Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat ke Dua Penggal Ke Tiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Komitmen pelaburan diterima NETR lebih tinggi, cecah RM60.7 bilion – Hanifah Hajar

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kerajaan menganggarkan pencapaian lebih besar membabitkan komitmen pelaburan diterima di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Fasa Pertama.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, berdasarkan tahap pelaksanaan projek dan insiatif di bawah NETR, kerajaan juga menganggarkan pencapaian lebih tinggi tinggi dalam sasaran awal bagi kadar pengurangan gas rumah hijau.

Selain itu jelas beliau NETR juga telah menjana sebanyak 84,544 peluang pekerjaan kepada negara yang juga melebihi sasaran awal 10,000 peluang sahaja.

“Komitment pelaburan (juga) adalah lebih tinggi iaitu sebanyak RM60.7 bilion berbanding sasaran awal RM25 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hanifah menjawab Datuk Abdul Khalid Abdullah (Perikatan Nasional – Rompin) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan status terkini NETR Fasa Pertama.

Bagi pengurangan pelepasan gas rumah hijau pula, Hanifah Hajar menjelaskan pencapaian menunjukkan sebanyak 24,264 giga gram gas karbon dioksida setara berkurangan setiap tahun berbanding sasaran awal 10,000 giga gram.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan perlaksanaan NETR Fasa Pertama mengikut jadual dengan setiap projek mempunyai tahap pra kematangan yang berbeza.

“Ketika ini kebanyakannya masih di peringkat pra-pelaksanaan (namun saya ingin nyatakan) NETR dibangunkan bagi mempercepat usaha peralihan tenaga negara.

“Sebanyak 10 projek dan inisiatif rintis perdana berdasarkan enam pemacu peralihan tenaga telah diperkenalkan,” katanya.

Enam pemacu peralihan tenaga tersebut jelas beliau membabitkan kecekapan tenaga (EE), tenaga boleh diperbaharui (RE), hidrogen, bioenergy, penyelesaian tenaga bersih dan penangkapan karbon. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan