Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan KKM hanya memiliki 200 pegawai kaunseling yang dilantik secara kontrak ketika ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: KKM hanya miliki 200 pegawai kaunseling kontrak

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui bebanan tugas tenaga kerja kaunselingnya berikutan hanya memiliki 200 pegawai yang dilantik secara Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

Timbalan Menterinya Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, KKM masih menunggu agensi pusat untuk menyelaraskan sistem saraan baharu bagi memudahkan pihaknya dan seterusnya menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk kesihatan mental.

Menerusi sistem saraan baharu itu kelak katanya kementerian akan mendapat gambaran lebih jelas berhubung mendapatkan lebih ramai tenaga kerja bidang itu.

“Kita (juga) ingin beralih daripada merawat kepada intervensi dan pencegahan dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai (kepentingan) kesihatan mental yang bukan hanya sekolah atau tempat kerja (sahaja) tetapi meliputi semua aspek,” katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (Barisan Nasional – Kuala Pilah) yang ingin tahu mengenai faktor penyebab penurunan kedudukan Malaysia dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2024 yang diumumkan baru – baru ini.

Sementara itu Lukanisman berkata, keadaan ekonomi semasa juga boleh menjadi faktor penyebab timbulnya masalah kesihatan mental selain stigma masyarakat yang memandang serong terhadap individu yang mendapatkan rawatan.

“Itu adalah satu stigma yang perlu kita hapuskan dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana ia satu isu yang besar (malah menjadi) isu global.

“Ia memerlukan perhatian khusus dan saya juga berharap agar Perdana Menteri menyokong usaha KKM untuk meletakkan dasar kesihatan mental itu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan