Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Faktor luar jangka punca penurunan daya saing Malaysia, kerajaan ambil tindakan – Anwar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penurunan daya saing Malaysia dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024  adalah disebabkan oleh faktor situational dan luar jangka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, perkara itu memberi kesan kepada beberapa petunjuk prestasi utama termasuk faktor yang membandingkan prestasi pada 2023 dengan tahun sebelumnya.

Namun jelas Anwar, kerajaan yakin bahawa kedudukan Malaysia akan bertambah baik bagi WCR 2025 dengan mengambil kira dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan serta penambahbaikan prestasi ekonomi tahun ini.

“Pertama, penilaian Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi iaitu berdasarkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 8.9 peratus pada 2022 yang telah perlahan kepada 3.6 peratus bagi tahun lepas.

“Namun kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan bertambah kukuh. Unjuran rasmi pertumbuhan KDNK 2024 adalah di antara empat hingga lima peratus yang disokong oleh peningkatan prestasi ekonomi pada suku pertama 2024 dengan pertumbuhan 4.2 peratus berbanding suku keempat 2023 dengan pertumbuhan KDNK 2.9 peratus,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (Perikatan Nasional – Alor Setar) yang ingin tahu strategi kerajaan ekoran kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga ke-34 dalam WCR 2024.

Pada masa sama, Anwar memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan yang bersesuaian untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam penarafan berkenaan.

Langkah yang dilaksanakan jelas beliau termasuk usaha meningkatkan pengurusan ekonomi negara, mengukuhkan ringgit dan melaksanakan penyasaran subsidi yang dijangka membantu negara melonjak kepada kedudukan yang lebih tinggi.

“Memang ada kelemahan yang perlu diperbaiki namun laporan itu masih mengekalkan kedudukan kita sebagai ekonomi yang stabil.

“Berdasarkan laporan IMD, kedudukan Malaysia bagi subsektor prestasi ekonomi kita nombor lapan, masih tidak membimbangkan,” katanya. TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan