Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Alexander Nanta jelaskan faktor LPB di Sarawak lebih cepat siap berbanding Sabah

ByAdlina Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kerajaan Sarawak memainkan peranan besar dalam membantu mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di wilayahnya, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menteri Kerja Raya itu berkata, antaranya termasuk melakukan pindaan terhadap Kanun Tanah Negeri Sarawak yang membenarkan pengambilan tanah serta pemberian pampasan berdasarkan penilaian oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

“(Saya ingin jelaskan) Kerajaan Sarawak tidak melakukan pembiayaan untuk mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di sana namun pindaan yang dilakukan itu memudahkan isu berkaitan pengambilan tanah untuk membina lebuh raya itu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Roland Kiandee (Perikatan Nasional – Beluran) pada Sesi Pertanyaan -Pertanyaan Lisan dalam Dewan Rakyat, Alexander Nanta menjelaskan, faktor kelewatan pelaksanaan projek LPB di Sabah berbanding Sarawak adalah disebabkan oleh isu pengambilan tanah, pengalihan utiliti serta pemilihan kontraktor.

“Oleh itu saya mohon kerjasama daripada pemimpin-pemimpin dari Sabah untuk kita selesaikan dengan terbaik Fasa 1B ini,” katanya.

Sementara itu Alexander Nanta menafikan dakwaan projek LPB lebih cepat disiapkan di Sarawak berbanding di Sabah kerana menteri yang bertanggungjawab berasal dari Sarawak.

Kata beliau, pembinaan lebuh raya tersebut berjalan lancar ialah kerana Sarawak memiliki sistem pengurusan yang efisien dan lebih mudah.

“Walaupun jaraknya lebih kurang sama (dengan di Sabah) tetapi di Sarawak projek itu dibahagikan kepada 11 pakej kerja.Oleh itu pengurusan lebih mudah dan efisien berbanding Sabah yang mempunyai lebih daripada 35 pakej kerja,” katanya.

Projek berkenaan juga kata beliau dimulakan lebih awal di Sarawak berbanding Sabah.

Dalam pada itu Alexander Nanta turut memaklumkan,  sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek LPB Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka dengan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor terpilih bagi melaksanakan pakej kerja berkenaan dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan