Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024, di BCCK hari ini. Foto Kimberly (TVS)

CeiO SPRM ditempatkan di semua jabatan kerajaan di Sarawak, tingkatkan integriti – Abang Johari

ByKimberly Dickson

KUCHING, 25 Jun: Kerajaan Sarawak akan menempatkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeiO) bagi menambah baik tahap pemantapan pematuhan tata kelola di semua jabatan kerajaan di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk itu kerjasama akan dijalinkan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita kembangkan, mantapkan ombudsman kita supaya kakitangan kerajaan akan mematuhi tata kelola yang ditetapkan agar kita dapat pantau disiplin mereka.

“Saya rasa yang penting adalah integriti dan untuk Sarawak kita meminta bantuan SPRM di mana kita sudah ada pegawai CeiO untuk ditempatkan di setiap jabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya strategi ini berjalan dengan lancar, Sarawak dapat menguruskan hal ehwal ekonomi dengan baik dan bakal memberi manfaat kepada masyarakat di Sarawak khasnya.

“Jika ini berlaku, Insya-Allah saya rasa ekonomi kita dapat diuruskan dengan baik dan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan khasnya rakyat jelata,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan