Search
Close this search box.
Tun Wan Junaidi meluangkan masa bertemu rakan lama semasa Majlis Makan Malam Apresiasi Delegasi Sarawak Ke Brunei di Tarindak D’Seni pada Isnin. Foto TVS

Apresiasi delegasi Sarawak dalam Kunjungan Muhibbah ke Brunei Darussalam

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menganjurkan majlis makan malam sebagai tanda penghargaan kepada para delegasi Sarawak sempena Kunjungan Muhibbah Ke Brunei Darussalam pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud.

Majlis makan malam ini juga dihadiri ahli keluarga serta rakan seperjuangan politik dan teman persekolahannya.

Antaranya termasuk Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Mohammad Daud, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Abu Bakar Apong dan Dato Harun Abdul Majid yang datang bersama pasangan masing-masing.

Dalam lawatan rasmi tiga hari sempena Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, delegasi Sarawak telah melawat ke beberapa lokasi di Bandar Seri Begawan.

Majlis yang berlangsung di Tarindak D’Seni itu turut meraikan 51 delegasi dari Sarawak serta pegawai dari Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei, serta petugas dari Brunei Darussalam termasuk polis, pemandu dan staf sokongan.

Hari terakhir lawatan, Tun Wan Junaidi dijadual berkunjung ke Pusat Sejarah Brunei sebelum menyelusuri Sungai Brunei dengan menaiki River Cruise sebelum berangkat pulang ke Kuching pada jam 2.30 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan