Search
Close this search box.
Pegawai jabatan bomba Korea Selatan berkata 17 warga China adalah antara mereka yang terkorban dalam kebakaran kilang bateri Hwaseong pada Isnin. Foto AFP

17 warga China maut dalam kebakaran kilang bateri Korea Selatan

ByBernama

SEOUL, 25 Jun: Pegawai jabatan bomba Korea Selatan berkata 17 warga China adalah antara mereka yang terkorban dalam kebakaran kilang bateri Hwaseong pada Isnin. Bagaimanapun, jumlah sebenar masih memerlukan pengesahan lanjut, lapor Xinhua.

Pegawai Korea Selatan, termasuk Naib Gabenor Kedua Wilayah Gyeonggi Oh Who-seok, Datuk Bandar Hwaseong City Jeong Myeong-geun dan pegawai dari jabatan bomba, memberi taklimat kepada Duta Besar China ke Korea Selatan Xing Haiming mengenai kebakaran itu dan kemajuan usaha mencari dan menyelamat di tempat kejadian.

Pegawai Korea Selatan berkata kemalangan itu telah membunuh 22 orang dengan 17 daripada mereka dipercayai warga China. Selain itu, lapan lagi cedera termasuk seorang warga China yang mengalami kecederaan ringan. Semua individu yang cedera telah menerima rawatan yang sesuai. Pihak bomba giat mencari mangsa yang masih hilang.

Pihak berkuasa Korea Selatan amat berdukacita atas tragedi tragis yang menimpa rakyat China itu dan telah berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam membantu China dalam usaha menyelamat dan menguruskan kesan selepas kejadian.

Sementara itu, Xing menggesa pihak berkuasa Korea Selatan untuk segera menentukan punca kebakaran, menguruskan kesan selepas kejadian dengan berkesan dan menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk keluarga mangsa warga China.

“Kedutaan China sedang bekerjasama rapat dengan pihak Korea Selatan untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan kesan selepas kejadian,” katanya kepada media di tempat kejadian.

Beliau berharap ahli perniagaan Korea Selatan akan mengambil pengajaran daripada insiden itu, mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan dan melindungi keselamatan rakyat China di Korea Selatan dengan bersungguh-sungguh.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan