Search
Close this search box.
Patimah Ramuji menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee. Foto TVS

Tiga buah sekolah di Kota Samarahan dipilih Program Kemasyarakatan JAN

KOTA SAMARAHAN, 24 Jun: Tiga buah sekolah di Kota Samarahan terpilih menyertai Program Kemasyarakatan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bersama Kerajaan Sarawak bersempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024.

Ketua Juruaudit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, tiga sekolah di Kota Samarahan yang terpilih dalam projek penambahbaikan fasiliti serta persekitarannya terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Empila, SK Mang dan SK Kampung Melayu.

“Program Kemasyarakatan atau CSR ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar sekolah iaitu dengan adanya penambahbaikan fasiliti sekolah yang terpilih.

“Program ini juga akan meningkatkan kesedaran sosial masyarakat tentang pentingnya sumbangan positif kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kemasyarakatan sempena Persidangan Jabatan Juruaudit Negara 2024 di SK Kampung Melayu di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Patimah Ramuji pada majlis itu.

Antara aktiviti yang dilaksanakan antara lainnya termasuklah mengecat bangunan sekolah, penambahbaikan pejabat dan tempat letak kereta sekolah serta pemasangan tangki air.

Seramai 357 peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan serta badan korporat negeri Sarawak, warga Kampung Empila, Kampung Mang dan Kampung Melayu serta warga sekolah terlibat sama dalam program tersebut.

Hadir sama Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Datuk Nor Salwani Muhammad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan