Search
Close this search box.

Sultan Brunei berkenan terima mengadap Tun Wan Junaidi

ByShafik Ahmad

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun: Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Nurul Iman, pada Isnin.

Tun Wan Junaidi yang diiringi isterinya Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, tiba di istana itu pada jam 11.30 pagi.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Nurul Iman, pada Isnin. Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Foto Astana Negeri Sarawak

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri, Dato Dayang Morliah Awang Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri, Datin Amar Baduyah Bujang turut hadir.

Turut menyertai majlis mengadap sempena kunjungan muhibbah ini ialah Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Duta Fenny Nuli dan Kuasausaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, Nur Ezira Mahadi.

Delegasi dari Kerajaan Negeri Sarawak itu kemudian diraikan pada Majlis Persantapan Rasmi oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Tun Wan Junaidi tiba di Brunei pada Ahad dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Kunjungan ini ialah lawatan rasmi ke luar negara yang pertama beliau ke Brunei Darussalam selepas dilantik sebagai Ketua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu.

Beliau turut mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di Bandar Seri Begawan termasuk Muzium Alat Kebesaran Diraja, Balai Khazanah Islam Sultan Hassanal Bolkiah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan